Monday 16 January 2017

Selamat Datang ke GM Raub!!

Assalamualaikum WBT,




Apa khabar GM ucapkan kepada semua pembaca. GM harap masih ada lagi lah pembaca yang membaca blog dan tulisan GM ni, bukan apa, insyaAllah, segala informasi berkenaan GIATMARA Raub akan GM tulis di blog ini.

Semoga ia mampu menjadi satu blog yang berinformasi kepada semua pembaca. Amin.

Baiklah, GM nak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelatih Sesi 1/2017 ke GIATMARA Raub, semoga ilmu yang dituntut akan dapat menjadi titik tolak dalam keberjayaan anda dalam hidup. Amin. Tanpa usaha, kejayaan adalah satu angan-angan. Usaha tangga kejayaan, usaha pasti membuahkan hasil. Amin.

GM amat berbesar hati kerana dengan adanya pelatih-pelatih baharu, semangat-semangat anak belia muda baharu akan menjadikan GM Raub salah satu daripada pusat GM yang terbaik dalam Pahang, amin.

Dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada Pengurus, Kakitangan Pentadbiran dan Pengurusan, Tenaga Pengajar, akan memastikan bahawa para pelatih GM Raub menjadi pelatih contoh untuk sesi yang akan datang. Amin.

GM ucapkan tahniah sekali lagi dan semoga apa yang dituntut akan menjadi sumber pendapatan kepada anak-anak belia. Amin.

Assalamualaikum WBT


p/s: Selamat Datang ke GM Raub!

Monday 5 September 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 Peringkat Daerah Raub

Assalamualaikum wbt,

Pada pagi 31 Ogos 2016 yang lepas, GIATMARA RAUB bersama Pejabat MARA Daerah Raub telah bersama-sama bergabung menjadi satu kontinjen dalam Perbarisan Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun Peringkat Daerah Raub di Dataran Majlis Daerah Raub.

Pelatih dari Kursus Automotif dan Kursus Pendawai Elektrik telah bergabung dan menyertai perbarisan tersebut.

Dengan memakai uniform GIATMARA RAUB, sudah semestinya mereka 'stand out' from the crowd. Tahniah atas penyertaan yang sungguh memberikan inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.

Keep it the good work!

Moh MengeTeh! di Sambutan Kemerdekaan ke 59

Assalamualaikum wbt,

Pada minggu lepas, GIATMARA RAUB telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 59 dan ia juga bersempenan sambutan Moh Mengteh yang dianjurkan oleh KKLW.

Ini adalah sedikit sebanyak gambar yang dapat ditunjukkan.

Saturday 30 July 2016

Kursus 1Malaysia di GIATMARA RAUB

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh GM Raub tidak keudara di alam maya ini. Baik, seminggu lepas, GM Raub sempat menyertai Kursus 1 Malaysia yang dijalankan di Bengkel Confectionary and Bakery GIATMARA RAUB.

Ramai juga yang hadir untuk belajar membuat Pizza dan Choux Pastry untuk membuat Cream Puff.

Seronok, sempat la siap. hehe... kepada yang ingin menyertai kursus 1 Malaysia ini, sila hubungi GIATMARA RAUB di talian 09-3557670 bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Tenaga pengajar Nur Julita binti Munab memang hebat, ramai yang pergi kursus tersebut berpuashati dengan hasil kerja yang dipamerkan oleh TP Julita, tahniah TP Julita!