Monday 16 January 2017

Selamat Datang ke GM Raub!!

Assalamualaikum WBT,




Apa khabar GM ucapkan kepada semua pembaca. GM harap masih ada lagi lah pembaca yang membaca blog dan tulisan GM ni, bukan apa, insyaAllah, segala informasi berkenaan GIATMARA Raub akan GM tulis di blog ini.

Semoga ia mampu menjadi satu blog yang berinformasi kepada semua pembaca. Amin.

Baiklah, GM nak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelatih Sesi 1/2017 ke GIATMARA Raub, semoga ilmu yang dituntut akan dapat menjadi titik tolak dalam keberjayaan anda dalam hidup. Amin. Tanpa usaha, kejayaan adalah satu angan-angan. Usaha tangga kejayaan, usaha pasti membuahkan hasil. Amin.

GM amat berbesar hati kerana dengan adanya pelatih-pelatih baharu, semangat-semangat anak belia muda baharu akan menjadikan GM Raub salah satu daripada pusat GM yang terbaik dalam Pahang, amin.

Dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada Pengurus, Kakitangan Pentadbiran dan Pengurusan, Tenaga Pengajar, akan memastikan bahawa para pelatih GM Raub menjadi pelatih contoh untuk sesi yang akan datang. Amin.

GM ucapkan tahniah sekali lagi dan semoga apa yang dituntut akan menjadi sumber pendapatan kepada anak-anak belia. Amin.

Assalamualaikum WBT


p/s: Selamat Datang ke GM Raub!