Wednesday 6 January 2016

Karnival Usahawan Belia Raub 2015.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Hari ni GM Raub nak update salah satu daripada pelbagai aktiviti yang disertai oleh pelatih GM Raub. Hebat tau mereka ni, mereka mempunyai pelbagai kemahiran yang mempuyai potensi dan mampu untuk diketengahkan supaya menjadi salah satu daripada cabangan perniagaan. Keusahawanan dan Pendidikan Global, Kemahiran Menjamin Kehidupan.








Karnnival Keusahawanan Belia 2015 diadakan pada 29-31 Okotober 2015. Karnival ini menghimpunkan ramai usahawan belia yang ada di sekitar Raub dan GM Raub turut serta dalam karnival ini. Tahniahh!!

Monday 4 January 2016

GM RAUB, KURSUS CONFECTIONERY AND BAKERY.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

GM Raub mengucapkan selamat pagi kepada semua, baiklah, hari ni GM Raub nak memfokuskan kepada salah satu kursus yang ada di GM Raub. Kursus tersebut adalah Confectionery and Bakery.

Kursus Confectionery and Bakery atau CNB adalah satu-satunya kursus yang ada di negeri Pahang. Jadi ia menjadikan CNB satu kursus yang amat popular. Saban pengambilan Kursus CNB penuh dengan permohonan untuk menyertai kursus di GM Raub ini.

Jadi, memandangkan kita sekarang masih pagi, jadiii... GM Raub hendak menunjukkan beberapa hasil kerja CNB yang sungguh membuatkan perut GM Raub sendiri lapar.







LAPAR TAKK???

Apa? Nak belajar buat? Alaa..Sesi 1 Januari 2016 sudah penuh la adik-adik, kalau nak ikuti kursus gi tempat kami, boleh lah mendaftar untuk Sesi 2 Julai 2016.

Kursus Automotif Kini Dibuka di GM Raub! Pendaftaran dibuka SEKARANG!

Assalamualaikum WBT,


Perhatian kepada semua yang berminat untuk menjalani kursus dibawah GIATMARA Raub, kini, GM Raub ada membuka satu lagi kursus untuk pendaftaran iaitu,


Kursus Automotif



Kepada yang berminat untuk mendaftar, bolehlah menghubungi GM Raub

Pendaftaran Sesi 1 Januari 2016 GIATMARA RAUB.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

GM Raub mengucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2016. GM Raub juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada para pelatih baru yang baru sahaja mendaftar pada 4 Januari 2016 yang lalu.

Untuk makluman para pembaca semua, seramai 61 orang pelatih telah mendaftar di GIATMARA Raub dalam 3 kursus, iaitu 23 orang pelatih untuk kursus Fashion and Dressmaking, 22 orang pelatih untuk kursus Confectionery and Bakery dan seramai 16 orang pelatih untuk kursus Pendawai Elektrik. 



Selamat Datang diucapkan kepada pelatih-pelatih baru GM Raub Sesi 1 Januari 2016. Semoga segala ilmu yang dituntut mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan jadikan segala ilmu itu asas untuk para pelatih dalam mengejar cita-cita.

Amin.