Monday 4 January 2016

Pendaftaran Sesi 1 Januari 2016 GIATMARA RAUB.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

GM Raub mengucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2016. GM Raub juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada para pelatih baru yang baru sahaja mendaftar pada 4 Januari 2016 yang lalu.

Untuk makluman para pembaca semua, seramai 61 orang pelatih telah mendaftar di GIATMARA Raub dalam 3 kursus, iaitu 23 orang pelatih untuk kursus Fashion and Dressmaking, 22 orang pelatih untuk kursus Confectionery and Bakery dan seramai 16 orang pelatih untuk kursus Pendawai Elektrik. 



Selamat Datang diucapkan kepada pelatih-pelatih baru GM Raub Sesi 1 Januari 2016. Semoga segala ilmu yang dituntut mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan jadikan segala ilmu itu asas untuk para pelatih dalam mengejar cita-cita.

Amin.

No comments: