Monday 27 April 2015

Sukan GIATMARA Raub Sesi 1 2015.

Assalamualaikum WBT,

Salam 1 Malaysia,

Pada 17 April 2015, GIATMARA Raub bersama Badan Perwakilan Pelatih (BPP) GIATMARA Raub telah mengadakan sukan diantara Pelatih dan Staff GM Raub. 

Pada paginya, pihak penganjur mengadakan Senamrobik dan disusuli dengan aktiviti sukan Futsal dan Takraw. Ketiga-tiga aktiviti ini diadakan di Gelanggang Futsal, Padang Milo Raub. Aktiviti berjalan dengan baik dan rata-rata pelatih berseronok dengan aktiviti yang diadakan.

 Dan pada sebelah petangnya pula, para pelatih dan staff GM Raub balik ke GIATMARA Raub untuk mengadakan acara bola jaring. Disertai oleh pelatih dan staff wanita GM Raub, aktiviti berjalan dengan lancar dan seronok sekali.

Dibawah adalah gambar sekitar aktiviti berlangsung.


















Acara berakhir dengan penyampaian hadiah oleh Staff GIATMARA Raub.

Assalamualaikum WBT.

No comments: