Monday 20 April 2015

Sejarah GIATMARA RAUB

Assalamualaikum wbt, 



GIATMARA Raub mula beroperasi pada 01hb. November 1993 . Ia terletak di kawasan bukit berhadapan dengan Masjid Sultan Abu Bakar dan mempunyai keluasan 14000 k/segi . Pada asalnya bangunan ini adalah hak milik JKR Daerah Raub . Seramai 7 orang kakitangan termasuk pengurus yang bertugas di pusat ini . 



Pada tahun 2012, GIATMARA RAUB telah mendapat tapak bangunan yang baru diatas tapak milik MARA beralamat di Lot No. 31388, Mukim Gali, 27600, Raub, Pahang. Seluas 6 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM 4.5 juta dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2014. 

Di GIATMARA RAUB, terdapat 3 kursus iaitu Kursus Fashion and Dressmaking, Kursus Confectionery and Bakery dan Kursus Pendawai Elektrik. 

Sehingga tahun 2014, seramai 1176 orang lepasan pelatih telah berjaya menamatkan kursus di GIATMARA RAUB dalam pelbagai bidang. 

Salam perkenalan dari GIATMARA RAUB dan semoga blog ini dapat membantu para pelatih serta pembaca dalam mencari maklumat berkenaan dengan GIATMARA.

Assalamualaikum WBT.

No comments: