Wednesday 24 February 2016

Cream Puff di GM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua warga GM.... hari ini GM Raub nak update lagi fasal produk hasilan GM iaitu dari kursus Confectionery and Bakery GM Raub.

Hari ini pelatih CNB buat Cream Puff dan saya dah rasa produk dorang, memang sedap!!!

Atas ajaran Tenaga Pengajar Puan Nur Julita binti Munab.

Bagi sesiapa yang ingin belajar di GIATMARA Raub, bolehlah datang ke Pejabat GM Raub untuk mengambil borang dan boleh masuk untuk sesi 2/2016.

Assalamualaikum wbt.

Tuesday 23 February 2016

Puff Pastry at GM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar warga GM sekaliannn... baiklah, hari ini GM Raub nak kemaskini fasal produk pembelajaran Confectionery and Bakery (CNB) iaitu Puff Pastry.

Gambaran tersebut adalah produk akhir yang mereka buat. Modul ini diajar oleh Puan Nur Julita binti Munab, seorang tenaga pengajar CNB di GIATMARA Raub.

Bagi mereka yang ingin belajar Puff Pastry ni...haaaa.. untuk sesi 2/2016, bolehlah mengambil borang di GM atau laman web untuk dihantar, ok?

Best of luck dan insyaaAllah, akan berjaya.

Assalamualaikum wbt.

Thursday 18 February 2016

Pelancaran GIATMARA Raub 2015.

Assalamulaikum WBT,

Apa khabar semua warga GM seluruh Malaysia? Semoga semuanya dalam keadaan terbaik dalam menempuh cabaran masa kini.

Baiklah, GM Raub ingin menceritakan sedikit fasal bangunan GM Raub yang baharu yang terletak di Lot No. 31388, Mukim Gali, 27600, Raub, Pahang. Bangunan baru GM Raub ini telah dirasmikan pada Mac 2015. Bangunan baru GM Raub ini adalah amat kondusif untuk belajar dan bekerja. 


Buat waktu ini, GM Raub telah mempunyai empat kursus yang mempunyai daya saing yang amat tinggi. Kursus-kursus itu adalah Pendawai Elektrik, Fashion and Dressmaking, Confectionery and Bakery dan Automotif. Kursus Automotif adalah kursus yang paling baru ditawarkan di GM Raub.

Sehingga sekarang, GM Raub mempunyai seramai 77 orang pelatih. Staff GM Raub seramai 10 orang.

Pengurus : Encik Ahmad Zaidi bin Yahaya Aris
PEU Kanan : Puan Harmiza binti Zakaria
PEL Kanan : Encik Khairuzziad bin Khairuddin

Tenaga Pengajar :

Pendawai Elektrik : Encik Ismail bin Mahmud & Encik Hairul Shahril Ismail
Confectionery and Bakery : Encik Roslani Bazli bin Rosli & Puan Julita binti Munab
Fashion and Dressmaking : Puan Sarizam binti Mat Adam & Puan Norhatini binti Mat Arop
Automotif : Encik Ahmad Anuar bin Mat Yusof

Memandangkan kursus automotif adalah kursus baru ditawarkan di GM Raub, maka pengambilan pelatih dihadkan seramai 15 orang, oleh sebab itu, hanya seorang tenaga pengajar sahaja untuk Automotif buat masa ini.

GM Raub yang baharu ini mempunyai keadaan yang lebih cantik dan amat sesuai untuk sesi P&P. Memandangkan GM amat mementingkan kemajuan pelatih-pelatihnya, dengan keadaan GM Raub sekarang ini, tidak mustahil GM Raub mampu melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera yang mampu bersaing dengan usahawan-usahawan bangsa-bangsa lain. InsyaaAllah. Persaingan sihat mampu meningkatkan pendapatan kita semua secara bersih dan suci.

GM Raub juga berharap agar para pelatih mampu meningkatkan potensi diri supaya dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Amin.


Gambar diatas  adalah gambar semasa majlis pelancaran GM Raub pada Mac 2015. 

Assalamualaikum WBT


GIATMARA Malaysia
Kemahiran Menjamin Kehidupan.

Tuesday 16 February 2016

Pengumpulan Maklumat Usahawan GM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar warga GIATMARA semua? Hari ini cuaca di GM Raub sungguh cerah dan amat cemerlang. Ia amat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di GM Raub.

GM Raub masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat terkini untuk usahawan GM Raub yang mana, mereka telah berjaya sedikit-sebanyak memajukan penghidupan mereka.

GM Raub juga sentiasa membuka ruang untuk sebarang komen yang membina agar dapat membantu anak-anak tempatan dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Baiklah, gambar yang GM Raub sertakan ini adalah gambar pelatih-pelatih GM Raub yang sedang berbaris untuk check kemasukan untuk tengahari.

Assalamualaikum wbt

Salam Sayang dari GM Raub S1/2016

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua Warga GM sekalian?

Hari ini adalah hari Selasa dan baru sahaja tadi para pelatih GM Raub bersurai dari GM Raub dan semuanya mempunyai matlamat yang dicapai untuk hari ini.

Baiklah, GM Raub akan sentiasa cuba membawakan berita-berita yang bermaklumat dan insyaaAllah, GM Raub akan cuba menjejak lepasan pelatih-pelatih GM Raub yang berjaya mengubah kehidupan mereka selepas menyertai GM Raub. InsyaaAllah.

Assalamualaikum wbt