Thursday 18 February 2016

Pelancaran GIATMARA Raub 2015.

Assalamulaikum WBT,

Apa khabar semua warga GM seluruh Malaysia? Semoga semuanya dalam keadaan terbaik dalam menempuh cabaran masa kini.

Baiklah, GM Raub ingin menceritakan sedikit fasal bangunan GM Raub yang baharu yang terletak di Lot No. 31388, Mukim Gali, 27600, Raub, Pahang. Bangunan baru GM Raub ini telah dirasmikan pada Mac 2015. Bangunan baru GM Raub ini adalah amat kondusif untuk belajar dan bekerja. 


Buat waktu ini, GM Raub telah mempunyai empat kursus yang mempunyai daya saing yang amat tinggi. Kursus-kursus itu adalah Pendawai Elektrik, Fashion and Dressmaking, Confectionery and Bakery dan Automotif. Kursus Automotif adalah kursus yang paling baru ditawarkan di GM Raub.

Sehingga sekarang, GM Raub mempunyai seramai 77 orang pelatih. Staff GM Raub seramai 10 orang.

Pengurus : Encik Ahmad Zaidi bin Yahaya Aris
PEU Kanan : Puan Harmiza binti Zakaria
PEL Kanan : Encik Khairuzziad bin Khairuddin

Tenaga Pengajar :

Pendawai Elektrik : Encik Ismail bin Mahmud & Encik Hairul Shahril Ismail
Confectionery and Bakery : Encik Roslani Bazli bin Rosli & Puan Julita binti Munab
Fashion and Dressmaking : Puan Sarizam binti Mat Adam & Puan Norhatini binti Mat Arop
Automotif : Encik Ahmad Anuar bin Mat Yusof

Memandangkan kursus automotif adalah kursus baru ditawarkan di GM Raub, maka pengambilan pelatih dihadkan seramai 15 orang, oleh sebab itu, hanya seorang tenaga pengajar sahaja untuk Automotif buat masa ini.

GM Raub yang baharu ini mempunyai keadaan yang lebih cantik dan amat sesuai untuk sesi P&P. Memandangkan GM amat mementingkan kemajuan pelatih-pelatihnya, dengan keadaan GM Raub sekarang ini, tidak mustahil GM Raub mampu melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera yang mampu bersaing dengan usahawan-usahawan bangsa-bangsa lain. InsyaaAllah. Persaingan sihat mampu meningkatkan pendapatan kita semua secara bersih dan suci.

GM Raub juga berharap agar para pelatih mampu meningkatkan potensi diri supaya dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya. Amin.


Gambar diatas  adalah gambar semasa majlis pelancaran GM Raub pada Mac 2015. 

Assalamualaikum WBT


GIATMARA Malaysia
Kemahiran Menjamin Kehidupan.

No comments: